Skim cepat kaya difatwa haram   Leave a comment

[Quote = Bharian]

Lazy + no mood to blogging today..so just copy and paste here from bharian..in malay..

daulatkan bahasa malaysia XD ~

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan semua skim pelaburan yang ada unsur penipuan, tidak jelas, menjanjikan keuntungan secara tetap dan mengamalkan riba seperti skim cepat kaya adalah haram.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan perkara itu secara mendalam dan memutuskan mengharamkan pelaburan internet yang memberi pulangan dari sumber yang mencurigakan.

Katanya, skim cepat kaya yang mempunyai unsur yang meragukan dan tidak berlandaskan Islam tidak dibenarkan dan mereka yang menyertainya perlu berhenti serta merta.

“Islam tidak mengharamkan seseorang mencari kekayaan tetapi jika kekayaan diperoleh dengan cara yang salah dan bertentangan dengan hukum yang ditetapkan, maka kita perlu menjauhinya kerana ia haram,” katanya dihubungi semalam.

Beliau ditanya mengenai sama ada skim cepat kaya juga haram seperti mana pelaburan internet yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram.

Awal bulan ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan sebarang pelaburan melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap serta pameran jin, hantu dan keranda adalah haram.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata skim pelaburan seumpama itu, seperti yang ditawarkan Swiss Cash Mutual Fund didapati mengandungi unsur riba.

Beliau berkata, berdasarkan rujukan beberapa ayat al-Quran, majlis itu mendapati pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap tidak dibenarkan.

Skim pelaburan itu menjadi isu selepas Pejabat Mufti Perlis memutuskannya haram dan Johor serta Terengganu pula meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji dan mengeluarkan fatwa mengenainya.

Dr Mohd Asri berkata, skim pelaburan yang tidak menyatakan pelaburannya secara khusus juga adalah haram kerana tidak diketahui wang yang dilaburkan itu dikhuatiri membabitkan riba atau pelaburan tidak halal.

Katanya, Pejabat Mufti Perlis juga membincangkan mengenai sama ada jualan langsung pelbagai peringkat boleh dijalankan atau diharamkan kerana ia turut mempunyai unsur keuntungan tetap.

Posted April 19, 2007 by hackerzx in 1337 speak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: